tshabarna
4 tahun
Suntikan perancang Depo ketika haid
Doktor, saya belum pernah ambil suntikan perancang. Bolehkah saya ambil suntikan perancang depo ketika sedang haid?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Suntikan perancang Depo Provera yang pertama harus diberikan dalam tempoh 5 hari pertama selepas permulaan haid yang normal; atau dalam tempoh 5 hari selepas bersalin; atau, jika sedang menyusukan bayi (breastfeeding), pada atau selepas 6 minggu selepas bersalin. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menggunakan metod pencegahan kehamilan tambahan pada minggu pertama pengambilan suntikan sebagai langkah berjaga-jaga.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih