zulaikha2404
6 tahun
Suntikan perancang keluarga boleh mengandung ke?
Saya berumur 23 tahun dan masih belajar dan bekerja sambilan. Saya mempunyai seorang anak lelaki. Saya telah mengambil kaedah perancang dengan mengambil kaedah suntikan. Jadi apakah ada kemungkinan jika saya masih boleh mengandung dalam tempoh 3 bulan tersebut?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan puan, suntikan Depo-Provera mula berfungsi sebagai kawalan kelahiran dengan segera selepas suntikan pertama, jika anda mendapatkannya dalam tempoh 5 hari pertama dalam haid anda.
Suntikan Depo-Provera berfungsi selama 12 hingga 14 minggu, tetapi anda mesti mendapatkan suntikan sekali setiap 12 minggu untuk mendapatkan perlindungan penuh.
Untuk hal ini, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.



































