Sulit
3 tahun
Suplemen tambahan untuk kolestrol tinggi
sy mempunyai kolestrol yg tinggi 6.89 dan ldl 4.99.sy diberi ubat simvastatin 40mg selama 2 bulan.bolehkah sy mengambil olive oil atau fish oil lagi untuk membantu mengurangkan kolestrol?terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Untuk maklumat anda, anda perlu berbincang dengan doktor dan pegawai pemakanan (dietitian) terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen atau makanan tambahan kerana pelbagai faktor perlu diambil kira seperti interaksi ubat dengan suplemen tersebut dan bagaimana suplemen tersebut akan bertindak dalam badan anda.
Anda juga boleh lakukan perkara ini sebagai langkah untuk mengawal tahap kolesterol anda:
- Bersenam; Walaupun kita sedang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), anda boleh layari internet untuk mencari jenis-jenis senaman yang sesuai untuk dilakukan di rumah
- Mengawal pengambilan makanan; ini adalah penting untuk mengawal tahap kolesterol anda di samping mengambil ubat untuk mengawal kolesterol
Ingin kami tekankan bahawa anda perlu mengambil ubat kolesterol tersebut kerana jika tahap kolesterol anda tidak terkawal, ia meningkatkan risiko untuk anda mendapat masalah lain seperti:
- Sakit jantung
- Darah tinggi
- Strok
- Penyakit arteri atau vena periferal
Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat dengan lebih tepat, hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.