Sulit
5 tahun
Supplement dan kollagen
Boleh ke ketika mengandung minum kollagen atau supplement cantikkan kulit/putihkan kukit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, makanan tambahan tidak seperti ubat yang diberikan oleh hospital kerana mereka tidak melakukan kajian yang mendalam mengenai produk tersebut. Maka kita tidak tahu kesan makanan tambahan ini kepada ibu mengandung. Maka, saya tidak menyarankan untuk anda mengambil makanan tambahan tersebut semasa anda mengandung. Lebih-lebih lagi ianya bukan untuk kesihatan tetapi kecantikan. Jadi anda boleh menangguh dahulu niat anda.
Sekiranya anda berniat untuk mengambil makanan tambahan tersebut di masa hadapan, saya sarankan untuk anda berbincang dengan doktor. maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.


































