
Sulit
4 tahun
Supplements Caltrate 600+D
Hi Dr …
1)Adakah supplements Caltrate 600+D boleh diambil oleh perempuan mengandung ( minggu ke 32) ? Dan adakah ia selamat?
- supplements Caltrate 600+D mengandung gelatin (bovine) …adakah product in halal?
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang pertanyaan anda. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Makanan tambahan kalsium seperti Caltrate boleh diambil semasa anda hamil. Anda digalakkan untuk mengambil 1,200 mg hingga 1,500 mg kalsium setiap hari. Namun begitu, setiap pengambilan ubat ataupun supplemen perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu bagi mengetahui keperluan fizikal anda. Pengambilan Suppleman secara berlebihan boleh mendatangkan masalah kepada tubuh badan anda. Sila patuhi arahan yang ditetapkan dan dapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk mengetahui produk ini halal ataupun tidak, anda disarankan untuk merujuk kepada label yang terdapat pada kotak supplemen tersebut. Atau anda boleh hubungi pihak berautoriti iaitu Jabatan Farmasi KKM untuk mengetahui status halal produk ini.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih