qistienae

2 tahun

Susah tidur walaupun penat bekerja dari 1030 pagi ke 1030 malam setiap hari. tapi saya mengantuk sangat tapi bila pejam tak tidur

saya berumur 18 tahun. saya sukar untuk tidur walaupun keletihan bekerja 12jam sehari. saya mengantuk tapi tak boleh tidur walaupun dah buka segala surah segala lagu tetap tak boleh tidur :sob::sob::sob::sob: off day pun saya tak tidur hm kenapa ya?

Dr Ramzdhan,

2 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.

Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah insomnia. Ia bukanlan sejenis penyakit, sebaliknya merupakan gangguan rutin tidur akibat pelbagai faktor. Kebanyakan penghidap insomnia mengalami masalah seperti keletihan dan mengantuk pada waktu siang. Ini menyebabkan aktivit dan prestasi harian terjejas.

Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah sukar tidur adalah:

  • Masalah tekanan emosi seperti kemurungan and anxiety atau stress
  • Banyak berfikir tentang masalah harian
  • Tabiat minum kopi atau minuman berkafien lain sebelum tidur
  • Jadual rutin harian yang sering berubah-ubah
  • Tabiat sebelum tidur yang tidak sihat seperti menonton TV atau menggunakan gajet terlalu lama
  • Makan terlalu banyak pada waktu malam
  • Ubat-ubatan

Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan masalah ini seperti masalah kalenjar tiroid terlalu aktif, sesak nafas atau asid reflux. Simtom penyakit-penyakit ini sering mengganggu waktu tidur pesakit.

Masalah insomnia boleh diatasi dengan mengamalkan tabiat sebelum tidur yang baik atau “good sleep hygine”. Amalan sleep hygiene adalah salah satu cara mendapatkan tidur yang lena pada waktu malam. Iaitu:

  • Elakkan makan dan minum sebelum waktu tidur. Ambil makan malam anda lebih awal.
  • Masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari untuk membina pola tidur anda
  • Elakkan melihat skrin atau alat elektronik sebelum tidur
  • Banyakkan bersenam dan bergerak aktif pada waktu siang untuk membantu anda lebih lena pada waktu malam
  • Tidur dalam keadaan gelap, sunyi dan suhu yang selesa

Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

depression3

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)