
Sulit
4 tahun
Susu untuk warga emas
Hi, mak saya merupakan suspek diabetes. Tapi dalam masa yang sama, mak saya lenguh2 badan.
Boleh ke suspek diabetes dan warga emas konsum vitamin dalam harian (spt vitamin c, vitamin a, kalsium etc).
Boleh ke saya suggest susu anlene untuk mak saya yang merupakan warga emas yang ada diabetes? Adakah susu tersebut boleh memudaratkan keadaan mak saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang kesihatan ibu anda. Untuk makluman anda, kebanyakan produk sus adalah dikhaskan untuk orang dewasa yang sihat dan mementingkan kesihatan tulang, otot dan sendi. Sekiranya anda hendak memilih susu yang sesuai, pastikan produk susu tersebut mengandungi indeks glisemik yang rendah serta tanpa gula tambahan. Susu seperti ini adalah sesuai untuk pesakit diabetes. Bagi vitamin tambahan pula, ianya dibolehkan sekiranya dos yang diambil adalah tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih