Sulit
3 tahun
Sy baru berkahwin.. tetapi sy kurang bernafsu ketika bersama suami
Saya wanita berusia 25 tahun… sy baru berkahwin… tetapi sy kurang bernafsu ketika bersama suami… adakah sy mungkin mengalami apa2 masalah kesihatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi yang anda sedang alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah tersebut, seperti:
- Masalah psikologi: Kemurungan (depression), keresahan (anxiety) ataupun stres
- Tidak bersedia untuk bersama dengan suami
- Libido yang rendah disebabkan oleh faktor luaran
- Badan yang terlalu penat
- Faktor pasangan
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami situasi tersebut. Kami sarankan anda berjumpa dengan pakar psikologi atau doktor untuk pemeriksaan lanjut mengenai situasi anda.
Anda juga boleh mencuba perkara yang disebutkan di bawah untuk membantu anda:
- Memulakan aksi pemanas badan (foreplay) yang lebih lama
- Pastikan suasana bilik yang selesa
- Menggunakan alat bantuan
- Menyegarkan diri terlebih dahulu
Sekiranya anda memerlukan pencerahan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.