
chimawari5578
5 tahun
Sy seorang pesakit cronic rheumatic heart disease
sy mendapatkan suntikan antibiotic benzhatine penicillin setiap bulan,
persoalannya sekarang sy sedang hamil 12minggu ,
adakah selamat sy meneruskan suntikan penicillin tersebut ,
xda effects apa2 dekat baby ke ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat Benzathine benzylpenicillin digunakan dalam merawat beberapa keadaan seperti:
- Jangkitan organisma Treponema seperti sifilis
- Merawat keradangan tekak akibat Streptococcus
- Profilaksis rheumatic fever
Pada wanita hamil, ubat ini dikategorikan sebagai kategori B yang mana bermaksud walaupun tidak ada kajian yang mencukupi pada wanita hamil, kajian pembiakan haiwan gagal menunjukkan risiko terhadap janin. Justeru, ubat ini aman digunakan pada wanita hamil.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.