
Sulit
5 tahun
Sya selau datang bulan tak teratur dan sekejap
Sepanjang sya berkhwin sya selalu sakit dibahagian rahim dan haid sya sekejap tidak.lama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari atau kista dalam ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Manakala gejala sakit pada rahim anda memerlukan maklumat tambahan kerana terdapat sangat banyak punca sakit pada bahagian rahim yang memerlukan penilaian teliti. Ia mungkin juga terjadi disebabkan oleh sengugut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.