
Sulit
4 tahun
Tahap tekanan dan depresi terhadap bunyi bising kenderaan
Salam doktor, akhir2 ni saya rasa stress terutama bila dengar bunyi bising kenderaan. Rumah saya berada berdekatan dengan kawasan industri dan jalan besar. Saya punya stress tu sampai terasa terganggu, sukar untuk tidur walaupun waktu malam kerana bunyi bising setiap masa. Kadang kala sampai saya menangis teruk kerana terlampau stress. Teruk ke tekanan saya? Apa perlu saya buat untuk kurangkan tahap tekanan saya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Merujuk kepada keluhan-keluhan yang anda rasai, kemungkinan apa yang anda hadapi adalah salah satu daripada keadaan dibawah seperti:
- hyperacusis (masalah telinga yang menyebabkan bunyi sekeliling menjadi lebih bingit daripada biasa)
- Gangguan penyesuaian juga dikenali sebagai adjustment disorder
- Keresahan dan kebimbangan umum juga dikenali sebagai anxiety
- Gangguan hormon seperti tiroid
- Masalah kekurangan vitamin seperti vitamin B
- Akibat sesetengah jenis ubat-ubatan
- Penyakit autoimun dengan gejala mirip kemurungan seperti pada
- Kemurungan
Nasihat saya agar anda melakukan kunjungan ke klinik kesihatan terdekat dan dapatkan temujanji bersama doktor pakar dan kaunselor. Disamping itu, seandainya anda berasa memerlukan sahabat atau teman untuk berkomunikasi, silakan menghubungi Befrienders Kuala Lumpur di talian 603-79568145 secara percuma dan sulit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.