
Sulit
4 tahun
Tak boleh bersin dan sakit
salam doktor , seminggu lepas sya sering sakit di bawah rusuk secara tiba tiba skit tu makin kuat bila bergerak , baring atau apa apa yg melibatkan tekanan ni bahagian tersebut dan sepertinya diafragma , lalu saya bernafas sakit dan tidak boleh baring sebelah kiri kerana terlalu skit . skrng sy tidak dpt bersin setiap kali hendak bersin dada sy seperti semput tarik nafas berkali kali lalu tak jadi bersin , adakah bahaya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, bersin merupakan refleks semulajadi badan anda untuk mengeluarkan benda asing atau terjadi disebabkan iritasi pada saluran pernafasan anda. Sekiranya anda tidak bersin, ia bukanlah sesuatu perkara yang sangat membimbangkan kerana manusia memang tidak boleh mengawal bersin. Namun, gejala sakit ketika bernafas boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Penyakit Asma
- Pleural effusion - disebabkan adanya cairan pada ruang lapisan luar paru-paru
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit tibi
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
- sesak nafas makin teruk
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, keterangan lanjut dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.