
Sulit
4 tahun
Tak pasti masalah haid atau macam mana
Hi doc. Saya berumur 21 tahun, perempuan. Saya belum berkahwin lagi. Pada mulanya, macam keputihan yang keluar, tapi warna coklat, selama 2 hari. Setelah 2 hari tu, ada macam darah haid keluar, tapi tak keluar banyak macam haid yang selalunya. Apabila saya pakai pad, takda pula keluar banyak macam haid. Dan ia keluar hanya waktu siang saja… malam takda pula keluar darah, tapi apabila saya kencing, air kencing bercampur dengan darah. Saya takda simptom macam datang haid juga seperti selalu. Sekarang ni saya tak pasti sama ada saya period atau tidak.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, cecair lendiran hitam atau spotting yang abnormal mungkin boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting (keluar cecair coklat) sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depo, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Selain itu, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Sindrom nefritik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat kerana punca kepada masalah spotting dan cecair hitam ini merangkumi pelbagai sistem dan organ badan manusia. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan, diagnosis dan rawatan yang tepat dapat diberikan.
Jika perlu, doktor akan merujuk permasalahan ini kepada doktor pakar sakit puan (O&G) mengikut punca masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!