
Sulit
3 tahun
Tak Period hampir setahun tapi result pregnant
Hi doctor. Saya mempunyai
Masalah seperti tidak datang haid (bukan x teratur, langsung x datang haid) tapi bila saya check saya positive mengandung. Pergi check di hospital pun saya positive mengandung. Memang boleh mengandung ke even haid tak teratur atau ada masalah lain? Mohon pencerahan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda ingin mengetahui bagaimana anda boleh hamil memandangkan anda tidak datang haid hampir setahun. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan boleh berlaku walaupun tidak datang haid. Ini kerana ovulasi masih boleh berlaku dalam tempoh haid tidak datang. Situasi ini boleh dilihat pada wanita yang mengalami masalah PCOS, ibu menyusu dan wanita yang mempunyai masalah berat badan. Ini adalah jawapan yang ringkas dan anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.