Sulit
4 tahun
Tak tidur dua hari sebab sesak nafas secara mengejut
Hi doctor… saya nk bertanya… bila saya duduk saya tak sesak nafas tp bila baring nak tidur saya akan terjaga cbbkan sesak nafas… tapi saya dh pegi klinik doctor beritahu saya gastrik n angin dlm paru2 tiada ape2 jangkitan…apa itu betul ke doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit “sleep apnoea”
- Serangan sawan
- Penyakit asma
- Kekejangan saluran udara - akibat kesan ubat atau penyakit otak
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.