
Sulit
4 tahun
Takut mengandunggg pulakk
Hi doc. Saya 18 tahun. Harini hari ke tiga saya habis period. Saya bersetubuh dengan pasangan saya tadi dan terpancut dalam. Adakah saya akan mengandung? Lepas bersama tadi saya berasa pening dan menggigil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, seseorang itu disyaki hamil sekiranya haidnya datang lewat dari kebiasaannya (dalam 6 atau 7 minggu selepas hari pertama datang haid yang terakhir).
Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Hipoglisemia (kurang gula dalam darah)
- Tekanan darah rendah (hipotensi)
- Anemia (kekurangan darah merah)
- Vertigo
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Pemeriksaan oleh doktor haruslah dibuat supaya puncanya dapat dicari dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perlu.
Kami sarankan anda membuat ujian kehamilan sekiranya haid anda datang lewat daripada waktunya pada waktu yang sama dalam 4 atau 5 minggu dari sekarang.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.