Perlu Bantuan?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tanda Kehamilan Setelah Haid

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: November 25, 2020 8:32 AM

Sulit 53 hari

doc sy period pada 9hb dan habis pd 12hb november… ini kali pertama period sy 4hari sja… lepas period perut sy cramp…dan kerap buang air kecil… pening kepala serta mual… mungkin kn terjadi kehamilan setelah kehabisan period…? sy ada buat UPT tapi terlalu samar sgt…

Dr Sashini Seeni 53 hari
General Practitioner

Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang tanda kehamilan.

Berdasarkan keterangan yang anda berikan, sekiranya anda pasti darah yang keluar itu adalah darah haid mengikut kitaran anda, agak mustahil untuk kehamilan berlaku. Namun sekiranya darah tersebut adalah darah implantasi kehamilan atau darah lain selain haid, kemungkinan kehamilan berlaku ada.

Namun begitu, untuk mengetahui status kehamilan anda, sila lakukan ujian UPT setelah 7-14 hari lewat haid. Anda juga boleh lakukan ujian kehamilan yang lebih tepat di klinik atau hospital.

Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba

  • Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
  • Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
  • Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda

Hamil atau tidak? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi .

Sekiranya gejala yang anda alami berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Nov 25 2020 08:32:30 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang ujian kehamilan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
chefadilahche
Pemeriksaan kehamilan darah morning doc, dimanakah klinik yang sesuai untuk melakukan ujian kehamilan darah? bolehkah konsultasi ke klinik biasa untuk ujian tersebut? adakah keputusan urine pregnancy test yang negative masih bol… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Upt samar dpo 15 & dpo 16 Hi doc. Semalam dpo15 dan hari ni dpo 16 sy test upt dua2 upt tu ada faint line tapi sangat samar. Kena tengok bawah cahaya baru nampak line tu… sy confuse tu maknanya pregnant atau tak? Bila ma… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Mengandung tetapi keluar darah macam haid Assalamualaikum doktor… saya nak kepastian sama ada mengandung @ tidak … 3hari lepas saya telah membuat pregnancy test dan hasilnya postif… hampir setiap hari saya buat dan saya juga sudah pergi… Baca lagi...
25 jam
Sulit
Adakah akan Upt positif sebelum period Assalamualaikum doktor…sy wanita berumur 30 tahun…sy nk bertanya adakah upt akan positif jika hormon period tggi??sblm ni sy pernah dpt upt positif dan delay period selama 4 hari…kemudian keluar… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Period lewat hampir 2 minggu. adakah saya pregnant Doktor Saya zarina berumur 45 tahun. mengalami lewat datang bulan tuk bulan ni. erti kata lain x datang period lagi Doktor. Biasa period normal memang ontime. first date utk last period saya ialah pd … Baca lagi...
19 hari