amirsabrin99
3 tahun
Tanda-tanda dan penyebab kanser buah pinggang
apakah tanda-tanda dan penyebab seseorang itu menghidap kanser buah pinggang? benarkah kanser buah pinggang itu mempunyai 2 jenis dan salah satunya adalah Renal Cell Carcinoma (RCC)?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda, kanser buah pinggang mempunyai dua kelas utama iaitu Renal Cell Carcinoma dan Transitional Cell Carcinoma. Antara penyebab dan risiko-risiko kepada berlakunya kanser-kanser buah pinggang ini adalah:
- Renal Cell Carcinoma - merokok, darah tinggi, dialisis, penyakit buah pinggang kronik, obesiti
- Transitional Cell Carcinoma - Merokok, pendedahan bahan kimia berpanjangan seperti kerja dikilang kimia
Faktor merokok yang seing kali dikaitkan dengan kanser paru-paru tidaklah terhad kepada paru-paru sahaja kerana asap rokok adalah sangat kanserogenik (mudah membawa kanser) kepada sel-sel badan dan ini termasuklah perokok sekunder dan tertier (mereka yang tidak merokok namun menghidu asap rokok). Sekian.