Sulit
4 tahun
Tanda-tanda HIV berlanjutan
Adakah mungkin tanda tanda HIV itu muncul hanya setelah setahhun melakukannya? Dan adakah mungkin tanda-tanda hiv itu bertahan selama sebulan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, gejala HIV boleh berlaku walaupun setelah setahun terdedah kepada aktiviti yang menjurus kepada penyakit tersebut. Tempoh tanda-tanda HIV bergantung pada gejala yang dihadapi dan kecepatan anda mendapatkan rawatan. Tanpa rawatan, gejala yang anda hadapi akan berlarutan serta semakin teruk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.