shakirinsuhaimi
3 tahun
Tangan berpeluh - hyperhydrosis
Assalamualaikum dan selamat sejahtera… saya ada masalah tangan berpeluh yang semakin teruk… saya bercadang untuk rujuk rawatan di hospital… tapi untuk langkah awal, boleh saya tahu jenis ubat-ubatan yang boleh saya dapatkan di farmasi untuk sekurang-kurangnya boleh kawal atau kurangkan masalah saya…terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, rawatan tersebut adalah berdasarkan punca masalah yang anda hadapi. ia tidak sewenang-wenangnya diberikan tanpa mengesan punca sebenar kerana berisiko memberi kesan sampingan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.