Sulit
2 tahun
Tangan menggeletar ketika jawab exam
Saya wanita 19 tahun. Masalah saya apabila haritu saya minum kopi pada wktu pagi dan tangan saya menggeletar dh hati rasa berdebar padahal heart rate saya normal. Dan saya ada exam pada petang itu. Saya tak dapat jawab smua soalan kerana saya payah nak tulis sbb trlalu menggeletar dn mnyebabkan dpt keputusan yg teruk. Habis je exam tngn saya langsung tidak menggeletar dah. Adakah disebabkn coffee sbb saya selalu juga minum coffee.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengubungi kami.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang gejala tangan menggeletar ketika menjawab peperiksaan. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya gejala tangan menggeletar dan rasa berdebar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya termasuk:
- perasaan cemas
- minuman berkafein
- stres atau tekanan
Namun begitu, gejala gementar yang terlalu kerap dan disertai gejala yang membimbangkan seperti kesukaran bernafas atau sakit dada pula boleh menandakan masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- serangan panik
- generalized anxiety disorder
- gangguan fobia
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.