Sulit
2 tahun
Tangan menggil secara tiba-tiba dan sesak dada
Saya pelajar perempuan.Tangan saya selalu menggigil semasa saya mahu keluar rumah dan berada di khalayak ramai.Dan saya akan berasa berdebar sampai sesak dada,tangan berpeluh dan sakit perut semasa mahu membuat presentation di hadapan kelas.Kadangkala tangan saya akan menggigil secara tiba-tiba walaupun tidak berdebar dan berbuat apa-apa.
Beberapa minggu yg lepas,sy akan mengalami masalah sukar bernafas dan rasa sesak dada semasa hendak tidur.Keadaan ini bermula sejak hujung tahun lepas. Adakah sy ada sebarang penyakit?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah tiroid
- Kekurangan elektrolit (electrolyte imbalance)
- Serangan asma
- Masalah jantung
- Psikologikal:
- Kemurungan (depression)
- Keresahan (anxiety)
- Kurang rehat
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan anda berdasarkan soalan sahaja. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.