
Sulit
4 tahun
Tangan merah, burn , tidak selesa lepas guna peeling oil
Hi Dr, kulit tapak tgn dan jari Saya rasa terbakar, burn, tidak selesa dan merah seperti menarik. Saya ada guna peeling oil . Dalam tiga Hari saja Saya guna Hari ni Saya berhenti terus dari gunakan peeling oil tersebut Dan Saya berhenti untuk guna sekarang.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kemungkinan anda mengalami alahan akibat tindak balas pada produk yang anda gunakan. Saya cadangkan anda untuk ke klinik berdekatan kerana perkara ini perlu diperiksa dengan lebih teliti sebelum dapat memberikan kesimpulan dan rawatan.
Terdapat juga beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ini seperti:
- Ekzema
- Jangkitan kulit oleh bakteria atau kulat
- Dermatitis
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.