
Sulit
4 tahun
Tangan tercucuk dawai berkarat
Saya orang dewasa. Tangan saya tercucuk dawai berkarat, sikit saja, sekarang luka dah kering pun. Perlukah saya dapatkan tetanus shot?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tetanus atau kancing gigi berlaku disebabkan bakteria yang dikenali sebagai Clostridium tetani yang boleh dijumpai pada tanah, habuk ataupun najis haiwan. Tidak bermakna sesuatu benda perlu karat untuk dapat tetanus, tetapi jika benda tersebut telah terdedah pada elemen yang disenaraikan, seseorang boleh dijangkiti dengan tetanus.
Jika anda tidak mengambil suntikan tetanus dalam masa 10 tahun yang lalu, risiko untuk tetanus adalah tinggi. Oleh itu, saya sarankan anda untuk mendapatkan suntikan tetanus di klinik berdekatan. Sebagai seorang dewasa, anda perlu mendapatkan suntikan tetanus 10 tahun sekali.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.