Sulit
3 tahun
Tapak kaki kebas selepas makan antibiotik untuk kayap
ibu saya berumor 74 thn mengalami kebas2 di tapak kaki… selepas mengambil ubat kayap yg di prescribe oleh doktor klinik swasta… semasa tempoh pengambilan ubat2an ibu saya sering mengadu yg sendi2 terasa sakit
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, rasa sakit di kawasan yang terlibat boleh berterusan selama 1-2 minggu ataupun selama beberapa bulan, dan perbezaan ini bergantung kepada umur pesakit. Kebiasaanya, pesakit yang berumur akan mengalami rasa sakit selama beberapa bulan atau lebih. Hal ini kerana saraf yang terlibat mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh sepenuhnya dan pesakit akan masih mengalami rasa sakit/ kebas / gatal di kawasan yang terlibat walaupun ruam asal sudah sembuh.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.