Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tapak tangan berpeluh

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Oktober 2, 2019 2:17 AM

Sulit 46 hari

saya berusia 21 tahun nak tanya kenapa tapak tangan dan kaki cepat berpeluh dan ianya menyukarkan saya membuat kerja adakah normal

Dr Sashini Seeni 12 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk makluma pihak anda, masalah cepat berpeluh yg luar biasa dipanggil hyperhydrosis. Sesetengah orang sememangnya mudah berpeluh ketika cuaca panas dan makan-makanan pedas atau ketika melakukan aktiviti seperti bersukan. Namun, perpeluhan yang banyak dan mengganggu kehidupan seharian boleh disebabkan oleh:

  • Masalah psikologi seperti mengalami anxiety
  • Sesetengah masalah peluh berlebihan ini adalah disebabkan oleh genetik
  • Masalah berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid
  • Penyalahgunaan alkohol berlebihan atau pengambilan dadah

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Oct 02 2019 02:17:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Endokrinologi tentang masalah peluh secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
bayang2putih
Berpeluh pada bahagian muka Saya Lelaki berusia 29 tahun,saya seorang yang suka melakukan aktiviti luar rumah dan banyak berpeluh … Tetapi akhir-akhir ini saya kuat berpeluh pada bahagian muka sahaja sehingga menghalang pengliha… Baca lagi...
58 hari
Sulit
Peluh yang berlebihan dan berdebar debar Saya seorang yang sangat kuat peluh terutama pada muka. Saya tak dapat buat kerja sebab peluh ni. Saya boleh berpeluh sebab benda2 yang remeh cth : orang ramai di kedai sebab saya cepat nervous.… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Peluh yang sangat berlebihan Saya seorang lelaki berumur 20 tahun. Saya dapat penyakit ni masa umur 13 tahun. Makin lama makin teruk. Saya akan berpeluh kalau bercakap dengan orang yang saya tak kenal atau kurang rapat. Pel… Baca lagi...
26 hari
Sulit
Peluh menitik dengan banyak bagaimana cara untuk mengatasi peluh yang menitik banyak hanya di bahagian muka tidak pada anggota lain…saya rasa amat malu jika berada di tempat awam…ia menitik dari atas kepala turun pada baha… Baca lagi...
5 bulan
atieqahsyaidatul80
Masalah tangan sering berpeluh Dr,saya mempunyai masalah kesihatan tentang tapak tangan dan kaki sering berpeluh .saya hendak Salam orang sekeliling akan rasa segan silu dan malu.bagaimanakah saya hendak hindari masalah itu ? Baca lagi...
10 bulan
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!