
surinajokpicable
4 tahun
Tapak tangan dan kaki berpeluh
saya berumur 18 tahun dan mengalami masalah tapak tangan & kaki berpeluh. Hal ini berlaku setiap kali dan bila2 masa sahaja. Saya tidak pasti apakah punca dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini kerana ianya mengurangkan keyakinan diri saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Misalnya,ketika membuat pembentangan dan hendak bersalamanan. Saya harap sangat tapak tangan & kaki saya boleh kembali seperti sedia kala.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kuat berpeluh atau lebih dikenali sebagai hiperhidrosis adalah keadaan yang menyebabkan berpeluh berlebihan. Peluh ini boleh berlaku dalam situasi yang tidak biasa, seperti cuaca sejuk, atau tanpa pencetus sama sekali.
Peluh yang berlebihan yang dikaitkan dengan hiperhidrosis biasanya paling aktif di tangan, kaki, ketiak, dan pangkal paha kerana konsentrasi kelenjar peluh yang agak tinggi. Terdapat dua jenis hiperhidrosis, antaranya:
- Hiperhidrosis utama atau fokal: Peluh berlebihan di setempat atau pada satu bahagian badan sahaja seperti tangan, ketiak, kepala, muka dan kaki tanpa sebab yang jelas. Sebagai contoh, hiperhidrosis palmoplantar adalah peluh yang berlebihan pada tapak tangan dan tapak kaki.
- Hiperhidrosis sekunder atau umum: Peluh berlebihan menjejaskan seluruh badan. Keadaan ini boleh disebabkan oleh keadaan perubatan atau ubat. Hiperhidrosis mungkin wujud sejak lahir atau mungkin berkembang di kemudian hari. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes peluh berlebihan cenderung bermula semasa tahun remaja.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.