
Sulit
5 tahun
Tekak berkahak tapi jarang batuk
Saya tidak selesa di bahagian tekak kerana rasa seperti kahak tersekat.sy cuba paksa kahak keluar dengan batuk tapi tidak berjaya.saya risau ada jangkitan pada paru2.saya juga berasa gejala seperti gastrik dan angin.saya jugak cepat cemas dan panik bila stress. Saya risau bila terbaca berita atau info berkenaan covid dan mungkin ada anxiety attack secara tiba2.ada kah saya menghidap sesuatu yang seius doktor?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Selain COVID-19, selesema dan sakit tekak pada waktu malam boleh disebabkan masalah kesihatan lain.Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Dehidrasi
- Cuaca panas
- Allergic Rhinitis
- Radang sinus
- Radang pharynx
Walaubagaimanapun, masih sukar untuk membezakan gejala ini dengan masalah kesihatan lain. Oleh kerana itu, penilaian risiko diperlukan bagi membantu membuat keputusan. Justeru anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Untuk makluman anda, ujian saringan COVID-19 dijalankan di hospital kerajaan secara percuma namun bagi mereka yang berisiko tinggi.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini saya ingin mengingatkan anda supaya tinggal di rumah dan hanya keluar sekiranya perlu. Semoga dengan kerjasama semua pihak, wabak ini dapat dibendung sebelum ianya semakin parah. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini