Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Tekak kering atau kurang selesa

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 1:02 PM

Sulit 54 hari

Salam doktor, dalam 2, 3 hari ni saya mngalami tekak kering dan kurang selesa. Saya bimbang kalau terdedah dgn covid 19. Tp gejala lain saya xde. Minta pencerahan. Adakh sy perlu buat saringan?

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah tekak kering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Kurang minum air
  • Tekak luka akibat batuk
  • Jangkitan bakteria/virus
  • Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
  • Terlalu banyak menjerit atau bercakap

Secara amnya, antara perkara yang boleh anda lakukan di rumah untuk mengurangkan gejala ini ialah:

  • Mengambil minuman suam
  • Minum banyak air
  • Minum jus lemon dan madu

Walaubagaimanapun, jika masalah masih berlanjutan, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan dengan doktor. Oleh itu adalah disarankan agar anda merujuk masalah ini kepada doktor agar maklumat lanjut dapat diberikan serta pemeriksaan atau ujian dapat dibuat sekiranya perlu. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 13:02:18 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah ENT dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Terasa sakit dalam lubang telinga belah kanan Seperti di atas, dalam lubang telinga saya terasa sakit bila memasukkan cotton buds, malah bila cuping telinga ditarik, sakit tu makin terasa… Kalau nk cakap, tahi telinga banyak, sy korek telin… Baca lagi...
20 jam
Sulit
Selsema saya dah selama 4 bulan Hi doc . Sy mengalami selsema selama 4 bulan .tetapi sy makan ubat selsema ttp tak menjadi .dan juga dlm kedua dua hidung saya ad biji bulat mcm guli dan itu sgt menyukarkan sy bernafas dan tido… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Seksema sekama 4 bulan Hi doc . Sy mengalami selsema selama 4 bulan .tetapi sy makan ubat selsema ttp tak menjadi .dan juga dlm kedua dua hidung saya ad biji bulat mcm guli dan itu sgt menyukarkan sy bernafas dan tido… Baca lagi...
24 hari
Sulit
Sakit telinga kanan , resdung dan rahang kanan sakit hi selamat sejahtera, saya Hafiz berumur 16 tahun. saya ada masalah resdung, bila saya tunduk kan kepala saya muka akan rasa sakit & berat. dalam masa resdung tu, saya juga ada sakit telinga sek… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Sakit telinga yang menyebabkan stress Saya wanita berumur 16 thn … Selepas saya korek telinga , telinga saya merasakan tidak dengar , dalam masa dua hari saya titiskan ubat yang dibeli , selpasitu saya ke kklinik swasta untuk dapat… Baca lagi...
25 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi