
Sulit
5 tahun
Tekak merah dan jugak batuk
Assalammualaikum / Selamat Sejahtera,
Saya wanita berusia 30 an dan mengalami permulaan penyakit seperti sakit tekak (merah) dan melarat sehingga batuk. Saya sudah berjumpa dengan doktor dan sudah menghabiskan ubat antibitiok. Namun begitu, batuk saya belum pulih sepenuhnya , tekak merasa perit dan dada rasa mula sakit akibat batuk.Saya mula susah untuk tidur terutamanya pada waktu malam
Adakah saya perlu kembali semula untuk berjumpa dengan doktor dan akan diberi ubat antibitok sekali lagi?
Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, anda tidak perlu berjumpa dengan doktor lagi untuk mengambil antibiotik lagi. Akan tetapi, anda mungkin boleh berjumpa dengan doktor agar dapat diberikan ubat lain yang lebih sesuai untuk gejala anda memandangkan anda telah pun mendapat antibiotik. Harus diingatkan bahawa penggunaan antibiotik yang sering dapat menyebabkan anda resistens terhadap bakteria/ kuman tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.