Sulit
3 tahun
Tekanan darah terlalu tinggi
Ibu saya berumur 42 tahun dan baru baru ini tekanan darahnya tinggi iaitu 200/110.kemudia beliau menjadi sedikit gangguan seperti apa yang difikirkan tidak sama dengan apa yang disebut.apa perlu saya buat?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan bantuan penjagaan gaya hidup yang lebih sihat? Dapatkan suplemen anda sekarang!
Umum harus mengetahui bahawa majoriti pesakit tekanan darah tinggi (atau hipertensi) tidak mempunyai atau merasakan apa-apa jenis gejala/simptom. Namun menurut beberapa kajian, berikut merupakan salah satu contoh simptom/gejala darah tinggi yang mungkin boleh berlaku, antaranya:
- sejarah keluarga yang mempunyai hipertensi
- sakit / pening kepala
- gangguan penglihatan
- mual muntah
- sakit dada
- sesak nafas
- bercak darah di mata
- muka kemerahan
- hidung berdarah
- bengkak tangan / kaki
Anda disarankan untuk membawa ibu anda berjumpa dengan doktor di hospital atau klinikyang berdekatan, agar diagnosa kerja dan rawatan yang tepat boleh dilakukan sesegara mungkin
Antara usaha yang anda boleh laksanakan dirumah adalah:
- Menurunkan berat badan
- Kerap eksesais atau bersenam
- Latihan bernafas yang teratur
- Jauhi alkohol dan rokok
- Diet tinggi potasium (i.e. tomato, pisang, ubi kentang, kacang merah, kismis, dll.)
- Kurangkan pengambilan garam
- Cukupkan rehat
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.