tazul66
4 tahun
Tekanan Darah Tinggi & Cholesterol
Salam, sya dpati buah epal hijau boleh menurunkan tekanan darah & cholesterol…cuma sya nk cfm…cara pemakanannya…setiap hari @ semggu sekali…@ ada kaedah yg tertentu cara pemakanannya. Tk
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, semua jenis makanan mahupun minuman dapat mempengaruhi kadar kolesterol dan tekanan darah anda. Apa yang penting adalah anda mengkonsumsi balanced diet yang mana ia bermaksud anda harus mengkonsumsi makanan dari semua 7 kelas makanan dalam kadar yang dianjurkan.
Sebaiknya anda kenalpasti keperluan kalori anda dan seterusnya susun atur diet dan pemakanan anda sesuai keperluan kalori harian tersebut. Buah epal hijau mahupun merah sebenarnya termasuk dalam kelas makanan vitamin yang mana bermaksud ia tidak mengkontribusi kalori ataupun lemak kolesterol kepada diet anda. Hal ini justeru, membuktikan bahawa buah epal tidak menyebabkan tekanan darah tinggi mahupun kolesterol tinggi.
Bagi maklumat dan info tambahan, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.