muhdalkhalil
5 tahun
Telinga berdesing sebelah kiri
saya lelaki yang berusia 29 tahun. tiap masa telinga saya sebelah kiri berdesing. 7 hari yang lepas bermulanya terus pergi jumpa doktor. telinga sangat sakit dan berdesing jarang2. doktor cakap ada luka dalam telinga. Tak pernah pun korek telingan dengan benda tajam. selalunya guna cotton buck. doktor bagi ubat titik serta antibiotik. masuk hari kedua sakit terus hilang dan terus ada berdesing tanpa henti. hari ketiga pergi jumpa doktor semula, dia cakap tiada pun tali telinga yang ada bekas kulit luka dah jadi warna putih. sekarang ni dah masuk hari ke7 bunyi berdesing masih lagi tak hilang. blh tahu macam mana cara nk mengubatiya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, penggunaan cotton bud atau putik kapas untuk membersihkan telinga adalah tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan tahi telinga tersumbat lebih dalam. Walaupun ia bukan objek tajam, tetapi ia juga boleh mencederakan kulit dalam telinga yang nipis dan sensitif.
Terdapat pelbagai perkara yang boleh menyebabkan telinga berdesing:
- Sering menggunakan earphone atau headphone untuk mendengar muzik yang kuat
- Sering terdedah dengan bunyi bising yang kuat seperti tinggal berhampiran lapangan terbang atau tapak pembinaan
- Tahi telinga tersumbat
- Masalah pada tulang telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.