
Sulit
4 tahun
Telinga gatal dan sakit
Mula² sakit lamaa² Jadi gatal ,susah pegi klinik pakar sebb telinga tersumbat tapi masih gatal sampai sekarang ,letak ubat telinga Jadi pening kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu telinga gatal dan sakit. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- jangkitan kuman pada telinga
- kebocoran pada gegendang telinga
- nanah/abses
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan tekak boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.