Sulit
3 tahun
Telinga pedih dan berlarutan
hi doktor , telinga saya kerap pedih dri dalam kulit terasa seperti jerawat dn sakit utk keluarkan nanah jerawat takdapat sy buat kerana jerawat tu didalam tepi dalam telinga , jika tersentuh sakitnya seperti jerawat batu .apa yg patut sy lakukan
kerana bila dah okayy berapa minggu kemudian terjadi semula
dan keep on hurting me
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit telinga serta keluar cecair kekuningan dan hitam mungkin disebabkan oleh:
- Jerawat di dalam telinga yang anda alami
- Jangkitan telinga
- Sista
Anda juga mengalami nanah di dalam telinga.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala berikut:
- Sakit telinga berterusan dan berpanjangan
- Keluar nanah
- Telinga bengkak dan kemerahan
- Kurang daya pendengaran
- Sakit yang mengganggu aktiviti harian
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi mengetahui keadaan sebenar anda dan untuk mendapatkan rawatan susulan. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.