Sulit
3 tahun
Telinga rasa tersumbat
Saya seorang pelajar berusia 19 tahun. Dan sudah beberapa minggu. Saya merasa seperti telinga kiri saya tersumbat. Saya sering memakai earfon. Tetapi saya tidak merasakan ini masalahnya kerana saya memakai earfon di belah kanan tapi x merasakan apa apa. Rasa sakit dan tersumbat hanya dirasa di sebelah kiri.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, telinga tersumbat yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Kumpulan cecair dalam telinga (Otitis Media with Effusion)
- Jangkitan dalam telinga
- Kesan selalu mengorek telinga menggunakan putik kapas - menyebabkan kumpulan tahi telinga yang sukar dikeluarkan
- Masalah tiub penghubung telinga dan kerongkong (Eustachian Tube) tersumbat - boleh terjadi akibat demam dan batuk berkaha yang dialami sebelum ini
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.