
Sulit
4 tahun
Telinga sakit berdenyut
Hai doktor saya 4 hari mengalami sakit telinga denyut2 , sbb saya Ada elergik ayam cucuk , Dan pernah berlaku tiga Kali dh . Die mcm bisul dlm telinga pun ade . Hrini she korek telinga Ada wrna kuning2 mcm nah , dan ade jugak mcm wrna hitam tapi Bukan taik telinga rasanya . Hitam mcm mascara😅 adakah itu sbb taik telinga keras or ape . Sblum ni sakit telinga takde pun .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit telinga serta keluar cecair kekuningan dan hitam mungkin disebabkan oleh:
Jerawat di dalam telinga
Jangkitan telinga
Sista
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum maslaah ini menjadi semakin parah. Bergantung dengan hasil pemeriksaan, anda mungkin dirujuk ke pakar ENT jika perlu. Pakar ENT adalah orang yang pakar dalam telinga, hidung dan tekak. Anda juga boleh membuat janji temu dalam talian dengan doktor pakar dari hospital swasta melalui link ini.
Selian itu, saya nasihatkan untuk anda tidak mengorek telinga kerana perbuatan ini boleh mendatangkan mudarat. Sekiranya anda mengalami tah telinga mengeras, disarankan untuk anda menitik ubat cair tahi telinga atau berjumpa dengan doktor bagi membuang tahi telinga tersebut.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.