Sulit
6 tahun
Telur kanan berasa senak
saya lelaki berumur 28 tahun… baru baru ini saya mimpi basah dan saya tersedar dari tidur sebab rasa sakit atau pedih di saluran kencing lalu saya mndi dan kencing masa kencing tu berasa sakit.keesokn hri nye ok dah tapi teur kiri berasa senak skit…bile di teran nk kluar angin dlm perut tpi telur ada rasa senak… kenapa ya? adakah sebb angin?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kesakitan pada buah zakar anda boleh disebabkan:
- Saluran darah dalam buah zakar terbelit
- Jangkitan saluran kencing dan buah zakar - “epididimitis”
- Angin pasang (hernia)
- Kecederaan pada buah zakar - menyebabkan buah zakar kembang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































