zairah.hamzah1998
6 tahun
Telur kemaluan senak
Saya isteri kepada amar izzuddin. Saya rasa takot bila suami bagi tahu saya"telur nye terasa senak".saya tanya “macam mana boleh berlaku”.dia menjawab semasa berlari ingin ke toilet secara tetiba telur nye terasa senak sangat… Saya sebagai isteri rase gelisa ingin mengetahui sakit apakah itu.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala buah zakar senak yang dialami oleh suami anda ini boleh disebabkan:
- Tindak balas kurang aliran darah - akibat berlari atau aktiviti lasak
- Angin pasang (hernia)
- Hidrosele - kumpulan cecair dalam buah zakar
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan suami anda, suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Suami anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































