Sulit
4 tahun
Tempoh pertumbuhan Kulit Kepala Zakar
Doktor,saya nak tanya adakah kulit kepala zakar dapat tumbuh kembali sekiranya kulit lapisan perlindungan pertama terhakis akibat geseran dengan kain kasar dan menyebabkan sensitif dh 3 bulan… apabila sentuh dengan apa2 pakaian akan jd sakit nyeri sangat2…
Adakah kemampuan kulit kepala zakar boleh tumbuh kembali sekiranya melecet semua kulit sampai sensitif berhari2?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kadar penyembuhan kulit zakar atau kulit secara am bergantung kepada beberapa faktor seperti kedalaman geseran atau kecederaan kulit, pengudaraan dan kelembapan, nutrisi dan status kesihatan seseorang.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda mempunyai masalah seperti yang disebutkan di dalam ruangan soalan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi melalui panggilan telefon atau panggilan audio. Terima kasih.

































