
Sulit
4 tahun
Tentang upt dan scan
saya wanita berusia 24 tahun.period
saya tak regular last month saya perios
bulan ni saya delay 10 hari .cek upt negatif badan dan pinggang saya lengguh2
. saya pergi scan dokter cakap macam ada kantung dalam 1/2 minggu memang nampak kecil sangat.boleh jadi ke upt negatif tapi scan hamil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, UPT boleh memberi keputusan negatif palsu sekiranya kehamilan masih terlalu awal. Anda boleh mengulangi ujian air kencing atau berjumpa dengan doktor dalam masa 2-3 minggu untuk pemeriksaan semula.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.