
Sulit
3 tahun
Terasa air liur tiba tiba kering dan sukar nafas
saya umur 35 tahun.saya selalu merasakan air liur kering tiba2 dan sukar nafas.dan saya juga rasa seolah2 jantung saya berglup2 dan membuatkan seakan seperti jantung tu berenti sesaat.dan automatik jadi panic

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Mengikut keterangan anda, kami memahami anda terasa seperti air liur tiba-tiba kering serta kesukaran untuk bernafas pada waktu yang sama. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, salah satu penyebab untuk masalah anda adalah masalah keresahan (anxiety). Masalah ini boleh menyebabkan tekak kering di samping menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan jantung berdebar-debar. Selain itu, anda juga boleh mempunyai masalah jantung seperti aritmia, tekanan darah yang tinggi ataupun masalah jantung koronari. Tambahan lagi, sesetengah ubatan juga boleh memberikan kesan sampingan seperti tekak kering dan jantung berdebar-debar. Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!