
Sulit
5 tahun
Terasa ingin muntah apabila makan
Saya ad bertanya sebelum ini…saya seorg yg suka makan makanan yg pedas n timing makan sy x teratur… kdang2 bila sy selesai makan mkanan pedas sy terasa ingin muntah… buat masa ni sy dh ambik gaviscon 3kali …selepas sy makan gaviscon sy akan ok… adakah sy perlu amalkan pengambilan gaviscon? Dan adakah inj berkait rapat dgn penyakit pedih ulu hati?
Thanks for the respond😊

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pedih ulu hati ataupun heartburn bukanlah penyakit, akan tetapi adalah merupakan gejala utama bagi penyakit gastroesophageal reflux disease (GERD). GERD terjadi apabila asid dan isi perut tertolak naik sehingga menimbulkan gejala-gejala seperti mual, muntah, dan kembung. Antara rutin yang boleh menyebabkan keadaan ini adalah apabila anda makan makanan pedas, minum minuman berkafein, minum minuman bergas, dan lain-lain.
Ubatan seperti Gaviscon biasanya diberikan untuk meneutralkan asid perut yang naik supaya keradangan berkurang. Selain itu, ada beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini, antaranya:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
Sebetulnya, Gaviscon adalah untuk melegakan rasa pedih. Akan tetapi, ubat itu tidak menangani akar penyebab masalah. Justeru, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi doktor tentang perawatan tambahan yang diperlukan. Tambahan pula, sekiranya anda mengalami salah satu gejala dibawah, adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan konsultasi doktor.
- nafsu makan berkurang
- berat badan berkurang
- pucat, letih, lesu
- muntah
- muntah darah atau berak darah
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih