
Sulit
4 tahun
Terasa sakit pada bahagian dalaman kiri pinggang
selamat sejahtera doktor. Saya seorang remaja wanita berumur 16 tahun. Sejak beberapa hari yang lalu saya berasa sakit pada bahagian dalaman bahagian kiri pinggang saya. Tetapi jika sya menyentuh nya pinggang sya tidak terasa sakit cuma apabila sya bergerak seperti berjalan,duduk ataupun baring sakit itu terasa di bahagian dalam. Ini membuatkan sya sukar untuk berjalan mahupun tunduk.Soalan saya ada kah ini sesuatu yang perlu di risaukan ataupun normal? Dan perlukah saya berjumpa dengan doktor segera? Terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit pinggang adalah sesuatu masalah yang biasa dan di hadapi oleh sebahagian populasi. Ada banyak penyebab untuk sakit pinggang. Saya akan terangkan dengan sejelas mungkin penyebab - penyebab sakit pinggang.Antaranya ialah:
- Patah tulang belakang ( Spondilolisis )
- Patah tulang rusuk
- Scoliosis ( kebengokkan tulang belakang ke sebelah tepi)
- Kyphosis ( kebengokkan tulang belakang ke bawah )
- Kemampatan cakera intervertebral
- Spondilosis ( degenerasi cakera intervertebral )
- Spondilolithesis ( kegelongsoran tulang belakang )
Sakit pinggang disebabkan oleh masalah otot dipanggil lumbago. Penyebab sakit pinggang dari lumbago adalah :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.