Sulit
3 tahun
Tercucuk Jarum Pesakit Kencing Manis
Jarum Insulin ibu saya, tercucuk di tangan saya yang tidak mempunyai kencing manis, adakah ia akan memberi kesan kepada saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tercucuk jarum insulin pada tangan anda yang tidak menghidap penyakit kencing manis.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk makluman anda, penyakit kencing manis tidak dapat berjangkit melalui jarum suntik. Sebaliknya, penyakit ini lebih sering terjadi kepada individu yang mempunyai keturunan keluarga yang menghidap kencing manis dan atau individu tersebut mengamalkan pola hidup / pemakanan yang tidak sihat.
Namun begitu, luka tercucuk jarum perlu diberikan perhatian khusus sekiranya pemilik jarum suntik tersebut menghidap penyakit virus seperti hepatitis b, hepatitis c dan HIV/AIDS. Oleh itu, tahap serta rekod kesihatan ibu anda perlu diketahui terlebih dahulu.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih