
Sulit
4 tahun
Terduduk atas kesan darah di kerusi adkah berjangkit hiv
Saya terduduk atas kerusi yg ada kesan merah…maybe darah period yg tembus…saya hanya memakai baju dan x pakai spender kerana melakukan beberapa prosedur…adakah boleh berjangkit jika saya terduduk diatas darah itu…baju saya masa tu gelap so x nampak kesan darah di baju tersebut…saya x pasti berapa lama darah itu dikerusi…sbb sebelum tu ada org lain duduk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang jangkitan HIV. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.
HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:
- Darah
- Air mani
- Cecair faraj
- Susu ibu
HIV boleh merebak melalui:
- Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
- Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
- Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
- Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.
Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui :
- Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
- Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam
- Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS
- Bersin, batuk, berpeluh atau kencing
- Gigitan nyamuk
pesakit akan mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu sekiranya dijangkiti kuman HIV:
- demam
- sakit tekak dan batuk
- sakit otot
- sakit kepala
- cirit-birit
- bengkak kelenjar limfa
- letih
- ruam
- sakit sendi
- turun berat badan
Sekiranya anda mempunyai gejala diatas, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih