Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Terlajak bersama si suami

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mei 15, 2021 10:32 AM

Sulit 2 bulan

Hi, saya Wanita berusia 21 tahun ingin bertanya kepada doktor. Saya terlajak bersama suami saya dan dia melepaskan di dalam. Sebelum 2 minit waktu saya bersama, saya ada makan pil perancang yang setelah sekian lama saya tak makan dalam masa 3 minggu. Adakah saya berpotensi hamil?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan atau _morning after pill_berfungsi adalah dengan mengekang telur (ovum) keluar dari ovari dan menebalkan lendiran pada dinding rahim supaya ovum dan sperma susah untuk melekat di situ.

Dos pertama perlu diambil secepat mungkin selepas melakukan hubungan, kurang daripada 72 jam. Dos kedua perlu diambil 12 jam selepas pengambilan dos pertama. Semakin lambat anda mengambil dos pertama selepas bersama semakin kurang keberkesanannya, dan ianya tidak berguna jika diambil selepas 72 jam.

Setelah mengambil pil perancang kecemasan tersebut, anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda mendapat haid seterusnya dan haid anda kelihatan normal. Anda disarankan untuk pergi ke klinik atau konsultasi dengan doktor sekiranya anda:

  • Jika haid anda datang lewat melebihi 5 hari atau kelihatan luar biasa seperti terlalu banyak atau kemerahan terang.
  • Jika anda masih bimbang bahawa anda mengandung.
  • Sekiranya anda mengalami sakit yang mendadak atau tidak rasa selesa pada bahagian perut dibawah dan haid datang lewat.
  • Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang kesihatan anda atau inign tahu mengenai kaedah kontrasepsi yang paling sesuai untuk anda.

Jalinkan hubungan seks tanpa kebimbangan lagi

Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Sat May 15 2021 10:32:16 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19