
Sulit
4 tahun
Terlalu kerap selsema dan bolehkah mengambil supplement vit C tanpa nasihat doktor
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya mempunyai satu kerisauan di mana saya terlalu mudah dan kerap selsema. Saya perlu berjaga-berjaga dengan habuk, hujan malah menyentuh hidung pun akan mendatangkan selsema yang berpanjangan selama 2-3 hari. Dan adakalanya menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan sakit kepala dan sakit dada kerana bersin yang berpanjangan. Soalan saya, bolehkah saya terus mengambil supplement vitamin c seperti redoxon/flavettes atau saya perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Anda boleh mengambil suplemen vitamin C tanpa sebarang nasihat atau preskripsi doktor. Anda perlu memastikan bahawa pengambilan vitamin C tidak melebihi dos yang disyorkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti cirit-birit. Vitamin C pada dasarnya tidak akan menyembuhkan mahupun membantu mengurangkan simptom yang dialami anda. Gejala-gejala yang anda alami berkemungkinan disebabkan alahan ataupun resdung dan memerlukan rawatan serta pencegahan yang efektif. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.