
gugurljenny
5 tahun
Terlupa makan pil perancang Noriday
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr saya ingin bertanya saya mengambil pil perancang Noriday pada setiap10.30 malam.Malam itu saya makan pil telah bersama tanpa protection … Dan keesokan itu baru saya ingat yg saya terlupa makan 1 biji tetapi saya tak ingat hari apa yang saya terlupa dan bila saya ingat saya
terus makan pada jam 2.30 petang… Dan seterusnya saya makan seperti biasa pada jam 10.30 mlm.
Adakah saya boleh hamil doktor …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, sekiranya anda terlupa mengambil satu pil perancang, anda perlu mengambil pil yang tertinggal dan dos seterusnya seperti biasa. Jika anda tertinggal lebih dari satu hari, anda perlu mengambil perlindungan tambahan.
Sekiranya anda terlup mengambil pil, keberkesanan pil ini akan menurun. Sekiranya mengesyaki hamil, sila lakukan ujian kehamilan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.