Sulit
2 tahun
Terlupa MKN pil perancang 1 hri
Sy terlupa MKN pil perancang d hri ke 20,& sy telah bersama suami 1 MLM d mana sy terlupa MKN pil perancang desolon,& suami pancut dlm,sy biasanya ambil pil ni dlm pukul 10 MLM sblum tdo,& pagi tadi sy bru teringat yg sy trlupa MKN pil & bila ingat, sy terus MKN pil tu pagi tadi dlm JM 8 pagi tdi,adakah risiko tinggi untuk Sy mengandung?apa jawapan doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai kehamilan kerana terlepas pengambilannya. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Sekiranya anda terlepas pengambilan pil perancang untuk satu hari, anda boleh mengambilnya dengan segera apabila anda teringat dan teruskan pengambilannya seperti biasa dan habiskan satu papan pil perancang tersebut. Ia masih berkesan dalam mengurangkan risiko kehamilan sekiranya diambil secara berterusan.
Dalam kes anda, keberkesanan pil perancang tersebut masih dikekalkan.
Sekiranya anda menginginkan penjelasan yang lebih lanjut, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian dan pihak kami akan membantu anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.